Topik 2.1 : 3 Langkah Cari Niche Evergreen Untuk Market Malaysia

Tutorial Hanya 3 Langkah Cari Niche Evergreen Untuk Market Malaysia

Haa sekarang anda tak tahu nak mula macam mana kan? Baca topik 2.0 mengenai kajian mencari niche evergreen banyak teori dan pening nak mula.

Ikut sahaja tutorial simple kat bawah ni. Semua praktikal anda hanya perlu ikut ini sahaja. Saya guna teknik ini jimat seminggu masa saya. Jom saya tunjuk lebih terperinci.

Step 1: Minta Tolong Chat GPT cari niche untuk anda:

Step 1: Login atau Sign up Chat Gpt πŸ‘‰ https://chatgpt.com/

Step 2: Taip dan bagi arahan dalam chat gpt. Contoh prompt dibawah πŸ‘‡

Anda nak buat SEO marketing dalam market Malaysia, Senaraikan semua niche evergreen yang paling sesuai untuk membuat konten SEO

ini senarai yang saya dapat daripada chat gpt πŸ‘‡

Boleh lihat disini πŸ‘‰ 10 Senarai lengkap Niche Evergreen Market Di Malaysia

Dah dapat 10 niche dan sub niche? dah ada idea dan dah senarai pendek 2 atau 3 niche yang berminat nak buat?

Jom kita ke step kedua untuk ketahui niche anda pilih ada permintaan atau tak jika buat seo.

Step 2: Keyword Research (Kajian Kata Kunci)

β–Ά Dalam kajian ini, bukan kajian detail kata kunci, tapi hanya sekadar nak tahu, apakah niche yang anda pilih mempunyai permintaan atau tak dalam pasaran, saya suka guna 3 tools ini sahaja.

  1. Google trend
  2. Ubersuggest
  3. Google keyword

Jom saya tunjuk satu persatu macam mana saya guna tools ini untuk buat kajian niche keyword.

  1. Google Trend

a. buka πŸ‘‰ Google trend

b. Pastikan, anda pilih negara Malaysia. Jika bukan negara Malaysia sila tekan map pin sebaris tulisan trends 🚩

c. Taip keyword berkaitan niche anda.

d. Pilih past 5 years. Disini anda akan dapat lihat trend data 5 tahun lepas. Cuba anda perhatikan waktu pkp dulu tengok data graf tentu permintaan meningkat.

Dalam contoh ini, saya pilih niche kesihatan untuk gastrik.

e. Saya akan taip “gastrik” dalam google trend dan keluar result seperti dibawah πŸ‘‡

Tadaaa, permintaan carian mengenai gastrik melebihi 50 point iaitu melebihi popular. Data 5 tahun lepas semuanya atas 25 point. Minimum paling terbaik 25 point.

Jika nak ambil bawah 25 point, pastikan tiada data kosong seperti contoh dibawah:-

masih lagi terbaik niche topik ini, kerana hanya 2 kali sahaja data mencapai angka kosong yang lain konsisten 25 point keatas.

Anda boleh mencuba sendiri, niche yang anda cari dalam google trends, pastikan 25 point keatas, atau bawah 25 point pastikan data konsisten tidak berada paras 0 point.

πŸ’‘
Jika niche anda terlalu kecil, data google trend tak boleh baca atau niche anda pilih bawah 25 point dan banyak titik capai point kosong, cuba umumkan niche anda pilih. Niche dan topik sama cuma term lebih umum.

Contoh anda pilih niche “sembuh gastrik” blog menceritakan untuk sembuh gastrik, jika tiada data cuba umumkan term tulis “gastrik” sahaja iaitu blog cerita berkenaan gastrik.

Bila term umum, anda boleh pelbagaikan subniche yang lebih kecil supaya anda mempunyai idea untuk hasilkan konten.

P/s: Nak cari subniche guna idea dari chat GPT jer. Nanti saya tunjukkan bahagian bonus cari cari subniche guna chat gpt. Senang je.

Bonus: Cari subniche guna chat gpt

a. Buka chat gpt dan loginπŸ‘‰

b. taip prompt ini sahaja

🟒
anda ialah pembuat konten seo niche “gastrik” cari subniche untuk content ini dalam bahasa Melayu

Keyword bahasa melayu penting, kerana chat gpt selalu tertukar dengan bahasa indonesia.

c. Tadaa, dah jumpa jawapan subniche untuk gastrik. Sekarang dah ada sedikit idea bukan? Copy anda paste dalam nota anda untuk kegunaan akan datang.

nanti step 3 ni lagi power, kita cari 250 konten sekali gus, idea 2-3 tahun tu. Hanya priority keyword yang mudah rank dulu je.


Step 2: ubersuggest

a. Buka πŸ‘‰ ubersuggest

b. Bagi yang tiada modal permulaan, daftar akaun percuma sahaja, anda dapat percuma 3 keyword search setiap hari (lihat pada nombor 4).

dah daftar? ok step seterusnya πŸ‘‡

c. Klik dekat keyword research –> Keyword overview (lihat pada nombor 9 & 10)

d. language tukar Malay (nombor 2) & Country tukar ke Malaysia (nombor 3). Wajib tukar ye, sebab anda diberikan peluang 3 keyword sahaja sehari untuk akaun percuma. Gunakan sebaik munkin

e. Lihat search volume bulanan (nombor 5), jika broad keyword ada tulis high anda boleh ambil niche ini. Jika low, baik jangan ambil, nanti bila nak buat post subniche bilangan search volume langsung tiada carian nanti website sendu dan sales pun sendu.

f. Klik kat view all keyword idea. nanti akan keluar semua senarai keyword idea.

g. Step seterusnya, keyword idea lihat data SEO Difficult (nombor 14) cari 3-5 keyword score bawah 40 yang anda boleh mula dahulu dengan domain baru dan website baru supaya mudah rank dalam google.

g. Jika ada 3-5 keyword, anda boleh pilih topik ini untuk permulaan. InsyaAllah seminggu dah rank first page.

Jika anda perhatikan gambar contoh diatas, ada beberapa keyword SD bawah 40 iaitu gastrik gerd, gastrik sakit belakang. Anda boleh mulakan artikel ini dahulu supaya mudah rank.

ℹ️
Volume dan CPC tu nanti nak buat konten bertukar ke customer kita akan guna untuk teknik CPC dan volume untuk cari pembeli. Kita tapau google ads.

Bila sudah rank, google sudah boleh baca bahawa website anda merupakan speacialist untuk gastrik, apa-apa post berkaitan dengan gastrik akan mudah dapat rank walaupun SD tinggi. Tapi dengan syarat anda kena belajar cara nak buat dengan betul. Bukan main redah je.

πŸ“£
Berminat nak tahu macam mana cara saya guna data SEO difficult dari ubersuggest ? Jangan lupa langgan konten premium SEO yang lain. Anda akan belajar A-Z mengenai SEO semua akan dilondehkan khas untuk market Malaysia.

Step 3: Chat Gpt – Idea Konten 250 Tajuk

a. Paling senang nak dapatkan 250 idea tajuk hanya tanya dalam chat gpt sahaja. anda akan dapat 250 idea tajuk yang anda boleh mula hari ini. Jangan lupa masukkan keyword yang anda dapat tadi dalam step 2, pada point g. Contoh promt adalah dibawah πŸ‘‡

πŸ’‘
Anda ialah penulis blog bagi niche gastrik. Hasilkan 15 pelbagai tajuk untuk konten SEO bagi niche gastrik. Jangan lupa utamakan keyword ini:

gastrik
gastrik sesak nafas
gastrik tanda
gastrik sakit belakang
gastrik gerd
gastrik ubat
gastrik cirit birit
gastrik angin dalam perut
gastrik sakit dada
gastrik puasa
gastrik bulan puasa
gastrik angin
gastrik sakit bahagian mana
gastrik kronik
gastrik semasa mengandung

ini adalah hasil selepas tanya chat gpt. Saya buat 50 dahulu pun dah cukup, 50 ni pun idea kontent untuk 6 bulan.

Wow 🀩 anda dah boleh mula buat blog hari ni terus. Tapi… tunggu βœ‹ dulu. Sebelum buat blog anda wajib belajar habis seo ni ye. nanti buat penat je usaha. Sepatutnya dapat lebih tapi sebab tak belajar dapat sikit je.

Kesimpulan

Mencari niche evergreen ni sangat penting jika anda nak main long term dalam dunia blog. Bila anda fokus kepada niche tertentu sahaja secara tak langsung pelawat akan menganggap anda sebagai pakar dalam bidang tersebut.

Bila pelawat sudah menganggap anda sebagai pakar, apa yang akan jadi? anda boleh tukarkan mereka kepada duit πŸ€‘, mereka akan percaya kepada anda dan akan serahkan duit kepada anda.

Tak sabar nak belajar lebih banyak? subscribe sekarang ye. sekarang masih ada promosi sempena konten dalam pembangunan dan masih belum siap sepenuhnya. Bagi menghargai anda yang melanggan awal, saya akan berikan lifetime akses kepada anda.

Leave a Comment